Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak aku nak tulis blog. memang dah lama dah niat nk tulis. tapi asyik lupa je. As a beginner, mesti ada kekurangan dan kelemahan kn? so, harap2 apa yang terkurang kat blog aku ni, dapat lah dimaafkan ye.
Okey, to begin, biarlah aku bercerita panjang tentang kisah hidup aku.. memang agak panjang la. Tapi of course la panjang.. umor aku skrang pun dah 22 tahun, sepanjang 22 tahun dalam hidup aku ni, macam-macam benda dah jadi kat aku.. Ish-ish..
First sekali, biarlah aku introduce parents aku dulu ye.. Nama ayah aku ialah Mazlan b. Ismail dan nama mak aku ialah Saimah bt. Mat Noor. Both of them graduated from Universiti Sains Malaysia (USM). Walaupun diorang dari universiti yang sama, tapi mak aku tua setahun dari ayah aku. Kira cam senior ayah aku la. Dua-dua ambil kos yang sama. Kos farmasi. Tapi menurut mak sedara aku, diorang mula kenal satu sama lain bila diorang dah grad. Mak ngan ayah aku jumpa sebab diorang kerja kat tempat yang sama. Kat hospital machang. Pastu, parents aku pun kahwin and then lahir la kakak aku Aaina Dalila pada 16 mei 1986. Tapi kakak aku tak lahir kat kelantan. Dia lahir kat selangor. Maybe sebab anak first, jadi dia kene lahir dekat family sebelah mak aku. Mak aku ni orang banting, selangor. Ayah aku plak orang kedah. Kira macam cinta utara-selatan la.. huhu..

aku dan mak aku
Genap 29 april 1987, jam 4.26 ptg,aku telah selamat dilahirkan di machang kelantan. Berat aku waktu dilahirkan ialah 3.20kg.. ringan kan? Hehe.. lepas genap setahun, parents aku kene transfer kat kota bharu. Still dalam kelantan lagi. Waktu kat kota bharu ni la lahirnya dua orang adik lelaki aku. Muhammad aiman dan muhammad hafizuddin. Aku cuma sempat tadika je kat kota bharu tu. Nama tadika tu, Tadika Homali. Aku still ingat lagi cikgu kat situ dipanggil pak guru ngan mak guru. Hehe. Cam pelik je bila dipikir balik. Tapi kakak aku sempat sekolah darjah 1 kat sana. Aku tinggal kat kelantan kira-kira dalam 5 tahun. Agak lama jugak la. Time tu, aku memang cakap slang kelantan pure.boleh tahan pekat la.. Hehe. Cukup 5 tahun kat kelantan, Parents aku kene transfer ke alor setar pulak.

aku dan kakak aku

ni la tadika aku =)
So, bermula la penghijrahan aku ke Kedah. sampai je kat kedah, aku dengan kakak aku kene tinggal dengan tok dan wan aku. Sebabnye, tok aku rasa kesunyian dok berdua je ngan wan aku. So, ayah aku pun suggest kakak aku dengan aku tinggal ngan tok dan wan aku kat Kuala Nerang. Aku pun kene la berpisah dengan adik-adik aku. Tapi aku tak ingat sangat perasaan aku time tu. Sedih ke? Seronok ke? Ntah la.. aku memang tak ingat langsung.
Bila aku tinggal dengan tok aku, aku jadi budak yang bermasalah. Aku suka lawan cakap tok aku. Memang aku kerap kene marah berbanding kakak aku. Maybe disebabkan tyme tu kezen-kezen aku suma lelaki and aku selalu join dorang kot faktor2 aku jadi spoil camtu. Huhu.. tapi maybe jugak sebab aku rindu parents and adek2 aku. Ntah la.. aku pun x tahu.. aku tinggal dgn tok aku selama 5 tahun. Bila aku nak masuk darjah 5, ayah aku datang ambil aku tinggal dgn dorang pulak..
Waktu ni, kakak aku tinggal dgn tok aku lagi. Aku kesian jugak kat dia. Aku pernah tertanya knapa ayah aku tak nak bawak kakak aku skali. Tapi skarang aku rasa maybe sebab tak nak tok aku rasa sunyi kot. Maybe la. Aku agak simpati jugak kat kakak aku. Aku pernah terjumpa surat kat dalam tong sampah dalam bilik dia. Kat surat tu dia tulis dia rasa dia disisihkan. Dia rasa dia bukan anak mak ngan ayah aku. Aku memang sedih sangat bila baca surat tu. Last-last, aku tunjuk surat tu kat mak aku. Lepas dari hari tu, mak ngan ayah selalu balik rumah tok aku. Boleh kata tiap-tiap minggu la. Anyway, alor setar dgn kuala nerang memang dekat. Pernah jugak diorang ajak kakak aku balik alor setar tyme cuti sekolah, tapi dia x nak la pulak. Dia cakap bising. Ye la. Mana tak bisingnyer. Waktu ni, aku dapat lagi 3 orang adik. Nurul Huda, Muhammad Anas dan Nurabsarina. Sekarang kakak aku ada 6 orang adik. Memang la agak havoc rumah tu. Tapi mmg normal la.. dah nama pun budak-budak kn?
Tahun 1998, bermulalah persekolahan aku di Sekolah Kebangsaan Taman Uda. Waktu tu aku darjah 5. First tyme masuk sekolah tu, aku rasa agak gerun disebabkan guru besar sekolah tu memang agak terkenal dgn kebengisan dia. Hehe. Sory ye cikgu. Pastu aku kenal Fatin. Dia sentiasa berdua dengan kawan dia. Sori aku x ingat nama kawan dia. So, aku tak leh nk join sgt. Pastu aku jumpa sarah, aku duduk meja sebelah dia. Sarah ni rupanya kawan dengan jiran aku. Hajar. Hajar memang sebaya aku. Tapi dia kelas lain. Memang best kawan dengan sarah ni. Dia ala-ala tomboi, so bila aku kena kacau ngan dak2 laki, dia yang selalu backing aku. Tapi last2, dia pun kena gak. Hehe. Naik darjah 6, aku kawan dengan Syahidah. Tyme ni aku dah bley sesuaikan diri ngan semua. So, aku kawan je ngan semua orang. Waktu ni, aku kenal sharyna, pjah, nani, zahra,hassan, ilani dan lain2 lagi la. Sori x ingat nama korang.
Result UPSR aku sama ngan kezen aku.Afif. Result aku rasanya tak penting untuk aku bagitahu kn? So,after dapat result, ayah aku nak masukkan aku kat sekolah darulaman. Nyaris2 lagi. Nasib baek Sharyna datang bagitau yang budak perempuan sekolah Taman Uda, semua dapat masuk Sek men keb sultanah bahiyah. Depan rumah aku je pun. Naseb baik. Kalo tak, mmg aku dah masuk sekolah darulaman la. Huhu. tak dapat aku nak bayangkan.. Sayangnya, kawan aku syahidah x dapat join. Dia dah daftar masuk sekolah agama.
Aku pun masuk la sekolah sultanah bahiyah. Sekolah ni perempuan semua. Waktu ni, sekolah ni memang top. Susah nk dapat masuk. Tapi lepas batch aku masuk, terus sekolah ni hilang zaman kegemilangannyer. Hehe. Kesian2..
ha, citer zaman sekolah menengah aku agak menarik sket.. tapi nanti la aku citer.. penat la.. kejer aku pun byk gler nih.. bertimbun-timbun dah macam kain baju aku yg kt dalam baldi tgh tunggu masa utk dibasuh.. haha.. nnt la aku citer ye.. tungguuuu...
to be continue........
Labels: anchient history